Thursday, June 26, 2008

~PENEMUAN AWAL PENYEJUKAN~

Penyejukan iaitu Perindustrian menyimpan makanan mula menjadi kepentingan perdagangan pada kurun ke 18. Penemuan awal Penyejukan di mana ais yang didapati di kolam atau tasik pada musim sejuk di potong dan disimpan di bilik yang berpenebat kemudian di gunakan pada musim panas. Pada tahun 1834 seorang jurutera Amerika iaitu Jacub Perkins telah mencipta sejenis alat pembuatan ais yang kemudiannya tercipta sistem pemampatan. Pada tahun 1855 seorang jurutera German memperkenalkan alat Penyejukan Penyerapan ( absorbtion system ) berdasarkan oleh Micheal Faraday pada tahun 1824 ( sistem Pengewapan ). Pengeluaran ais buatan menjadi penting pada tahun 1890 apabila ais asli mula berkurangan, sejak itu pertumbuhan industri Penyejukan Mekanikal bertambah. Pada tahun 1913 J.M Larsen mengeluarkan sistem Penyejukan Mekanikal dengan kawalan manusia. Kemudian pada tahun 1918 Kelvinator mengeluarkan Peti Sejuk automatik untuk pasaran Amerika sahaja. Pada tahun tersebut juga 67 unit telah di jual dan antara tahun 1918 dan 1920 sebanyak 200 unit juga telah terjual. Unit Penyejukan jenis Hermatik atau seal yang pertama di perkenalkan oleh General Electric pada tahun 1928. Alat tersebut dinamakan Monitor Top. Pada tahun 1927 Electrolux mengeluarkan sistem Penyerapan automatic. Penyejukan automatik iaitu Penyamanan udara untuk keselesaan manusia atau haiwan di dapati pada tahun 1927. Pada awal 1930 Penyamanan udara Automobil meluas digunakan. Selepas 1940 semua unit Penyejukan yang dikeluarkan adalah jenis tertutup dan sistem berkeupayaan besar juga mula di buat dan digunakan. Pada masa sekarang penemuan-penemuan industri Penyejukan dan Penyamanan udara yang menabjubkan telah meluas di keluarkan dan di gunakan. Hampir semua syarikat yang terlibat pada masa kini memikirkan bagaimana untuk mengurangkan penggunaan arus elektrik dan memberi keupayaan yang lebih kepada pengguna.

No comments: